Kelas Microsoft Word

10 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

9 Ogos 2020 – Pusat Ekonomi Digital Sg Lui telah mengadakan Kelas Microsoft Word: Karangan bertajuk “Katak Belaanku” yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Sg Lui. Seramai 1 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah rendah menyertai kelas. Kelas ini bermula pada pukul 11 pagi sehingga 12 tengahari. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word kerana ianya dapat mendidik dalam asas menggunakan aplikasi ini dan tugas yang dibuat ialah membuat karangan hobi setiap peserta.

Ianya akan menarik minat di kalangan pelajar sekolah rendah. Antara pengisian aktiviti kelas ini ialah pengenalan Microsft Word, cara-cara menaip, fungsi-fungsi asas papan kekunci, fungsi-fungsi asas Microsoft Word dan cara memasukkan gambar. Di akhir kelas, peserta diberi taklimat Advokasi Maklumat Palsu dan Scam dan juga permainan KDB “Perasaan” dimana ianya dapat memberikan pengajaran dan cara-cara pencegahan daripada dibuli di alam siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali